Inilah jadinya Mengikuti Hadist Tapi Anti Mengikuti Ulama-ulama Fiqih.

- Selasa, 14 Juni 2022 | 09:59 WIB
Ada saja manusia yang hanya mengikuti hadist tapi anti ulama fiqih (instagram)
Ada saja manusia yang hanya mengikuti hadist tapi anti ulama fiqih (instagram)

BogorTimes - Apabila masuk ke dalam masjid atau surau, seringkali saya ternampak segelintir individu yang sembahyang berjemaah dalam keadaan kakinya betul-netul rapat dilekatkan pada kaki orang yang berada di sebelahnya sehingga kakinya agak terkangkang besar kerana dia ingin memastikan kedua-dua kakinya menyentuh kaki orang yang berada di sebelah kanan dan kirinya. Seperkara lagi yang saya perhatikan, orang yang sama ini sembahyang dengan meletakkan kedua-dua tangannya betul-betul di atas dadanya.

Persoalannya, mengapa dia Sembahyang dengan sedemikian rupa? Jika dia mempunyai masalah dengan kaki atau tangannya sehingga terpaksa mengangkang kakinya dan terpaksa meletakkan tangannya di dadanya, maka hal itu tidak mengapa dan tidak menjadi masalah.

Setiap kali saya melihat orang yang solat seperti itu, supaya tidak bersangka buruk, saya akan beranggapan bahawa kemungkinan dia ada masalah sendi pada tangan dan kakinya sehingga dia terpaksa solat dengan sedemikian rupa atau dia hanya mengikut-ngikut orang lain tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenar.

Namun untuk orang yang melakukan sedemikian, dia hendaklah muhasabah dan bertanya kepada dirinya sendiri adakah dia melakukan hal itu kerana mendakwa ianya sunnah atau kerana ia berdasarkan hadith, jika sedemikian itu anggapannya, maka ia menjadi suatu kemusykilan kerana tidak ada siapa dari Ulama Muktabar yang menyatakan sunnah untuk menunaikan solat dengan cara sedemikian rupa.

Berkenaan cara meletakkan tangan ketika solat adalah seperti berikut:

Mazhab al-Shafi’i: Meletakkan di atas pusatnya iaitu antara pusat dan dada. Baik untuk lelaki dan perempuan.

Mazhab al-Hanbali: Pendapat pertama ialah meletakkan tangan di bawah pusat. Pendapat kedua ialah ialah di atas pusat. Pendapat ketiga ialah dibawah dada. Adapun meletakkan tangan di atas dada adalah makruh menurut Imam Ahmad bin Hanbal.

Mazhab al-Maliki: Pendapat pertama ialah melepaskan tangan ke bawah (irsal). Pendapat kedua ialah meletakkan di atas pusat.

Mazhab al-Hanafi: meletakkan tangan dibawah pusat untuk lelaki dan meletakkan di atas dada untuk perempuan.

Hadith al-Bukhari dalam bab ini ialah: “Dari Sahl bin Sa’d bahawa seseorang hendaklah meletakkan tangan kanannya di pergelangan tangan kirinya di dalam solat”.

Hadith Sahih Ibni Khuzaymah dalam bab ini ialah: “Dari Wa’il, beliau berkata: Lalu RasuluLlah SAW meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dadanya (علىصدره)”.

Namun Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan hadith ini da’if. Kerana dalam riwayat ada Mu’ammil bin Isma’il al-Basri dan ramai Muhaddithin mengatakan bahawa kalimah “…di atas dadanya” (على صدره) adalah penambahan (ziyadah) dari perawi. Sedangkan hukum-hakam tidak terbina di atas hadith da'if. Oleh kerana itu, kita dapati tiada seorang pun Imam Mazhab yang beramal dengan hadits ini secara literal.

Adapun menurut Imam Abu Hanifah, wanita meletakkan tangannya di atas dadanya bukan beristidlalkan hadith Sahih Ibni Khuzaymah ini, tapi beristidlalkan qiyas bahawasanya ia lebih menunjukkan sifat haya’ bagi wanita.

Oleh yang demikian, seseorang yang meletakkan kedua tangannya di atas dadanya sebenarnya tidak mengikut mana2 tafsiran Ulama dalam memahami hadith sifat solat, bahkan makruh disisi Imam Ahmad bin Hanbal, sebaliknya perbuatannya itu adalah mengikut pendapat Mazhab Hanafi secara qiyas untuk wanita. Adapun untuk lelaki, semua mazhab menyatakan bahawa kedudukan tangan adalah di bawah dada.

Berkenaan kedudukan kaki ketika dalam saf, diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari sebagaimana berikut:

Halaman:

Editor: Imam Shodiqul Wadi

Tags

Artikel Terkait

Rekomendasi

Terkini

Jatuh dan Terluka, Apakah Puasa Menjadi Batal?

Rabu, 27 Maret 2024 | 12:55 WIB

Deretan Artis Gagal Nyalon Pileg 2024

Rabu, 13 Maret 2024 | 09:39 WIB

Hikmah Mengakhirkan Sahur saat Puasa Ramadhan

Selasa, 12 Maret 2024 | 13:13 WIB

Tidur Saat Romadhon Ibadah, Simak Maksudnya

Selasa, 12 Maret 2024 | 12:53 WIB

Penentuan Awal Ramadhan, Simak Pendapat Ulama

Jumat, 8 Maret 2024 | 22:40 WIB

Inilah Beberapa yang Membatalkan Puasa

Jumat, 8 Maret 2024 | 07:36 WIB

Inilah Keutamaan Puasa di Bulan Ramadhan

Rabu, 6 Maret 2024 | 22:31 WIB

Semangat Baru, Bali Kembali Gelar Bahtsul Masail

Senin, 4 Maret 2024 | 06:30 WIB

Keharaman Penentuan Harga hingga Kenaikan Bahan Pokok

Selasa, 27 Februari 2024 | 10:43 WIB
X