Inilah jadinya Mengikuti Hadist Tapi Anti Mengikuti Ulama-ulama Fiqih.

- Selasa, 14 Juni 2022 | 09:59 WIB
Ada saja manusia yang hanya mengikuti hadist tapi anti ulama fiqih (instagram)
Ada saja manusia yang hanya mengikuti hadist tapi anti ulama fiqih (instagram)

أقِيموا صفوفَكم، ثلاثًا، واللهِ لَتُقِيمُنَّ صفوفَكم أو ليُخالِفَنَّ اللهُ بينَ قلوبِكم، قال: فرأَيْتُ الرَّجُلَ يُلزِقُ مَنكِبَه بمَنكِبِ صاحبِه، ورُكبَتَه برُكبَةِ صاحبِه، وكعبَه بكعبِه

Baginda SAW berkata: Luruskan saf kalian (tiga kali), demi Allah, kalian sama ada benar-benar meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan cerai-beraikan hati-hati kalian. Maka aku (Nu’man bin Bashir) melihat lelaki merapatkan bahunya disebelah bahu orang disebelahnya, lututnya pada lutut orang disebelahnya, buku lalinya pada buku lali orang disebelahnya”.

Berkenaan hadith di atas, al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkomentar dalam Fath al-Bari, beliau berkata:

قال الحافظ في ( الفتح ) : المراد بذلك المبالغة في تسوية الصفوف و تقاربها اهـ لاحقيقة الإلتصاق و يمكن أن أحدهم يمس منكبه منكب الآخر، فأما القدم و الركبة فلا يلزم التماس، و ذلك لأن البعض قد يتأذى من التلاصق و التقارب الشديد

“Maksudnya bersungguh-sungguh di dalam meluruskan saf bukan maksudnya betul-betul melekatkan. Boleh saja salah seorang mereka menempelkan bahunya ke bahu orang lain, adapun buku kali dan lutut tidak dilazimkan untuk saling bersentuhan. Yang seperti itu kerana terkadang seseorang merasa terganggu kerana tempelan dan desakan yang menganggu ini. Akan tetapi maksudnya ialah menegakkan barisan saf secara selaras dan mengisi celah diantara saf hingga syaitan tidak boleh keluar masuk”.

Kenyataan yang dibuat oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di atas adalah pengamalan seluruh mazhab, tiada satu pun menyalahinya. Seseorang yang solat dengan mengangkangkan kakinya agar bersentuhan rapat dengan orang disebelahnya, adalah sebenarnya tidak mengikut mana2 tafsiran Ulama Muktabar dalam memahami hadith mengenai saf solat.

Dia akan terjebak dengan makna zahir hadith tersebut kerana jika dia mendakwa perbuatannya itu adalah untuk mengikut hadith sahih tersebut, maka dia perlu tahu bahawa hadith sahih itu tidak hanya menyebut bahu bertemu bahu dan kaki bertemu kaki, akan tetapi juga menyebut buku lali bertemu buku lali dan lutut bertemu lutut, sedangkan untuk mengamalkannya secara literal adalah hampir mustahil.

Pada asalnya, saya menyangka bahawa pendapat melekatkan kaki dengan kaki ini adalah pandangan dari Ulama Salafi, namun sepanjang pencarian saya, ternyata semua tokoh Salafi bersetuju bahawa makna hadith kaki bertemu kaki bukan bersentuhan melekat.

Seorang tokoh Salafi, Shaykh Muhammad Bin Uthaymin mengatakan bahawa yang sunnah dalam bab ini ialah seseorang pada awal solat hendaklah merapatkan saf dan meluruskan barisan agar tiada orang yang kakinya maju ke hadapan dan orang lain mundur dibelakang. Beliau menjelaskan bahawa bukan sunnah untuk menyentuh jari kaki dengan orang disebelahnya sehingga dia melebarkan bukaan kakinya apabila orang disebelahnya menarik kakinya ke arah bertentangan. Bahkan ia bertentangan dengan sunnah kerana yang sepatutya ialah dia perlu memberi kelonggaran kepada jirannya dan tidak menganggunya dengan sentuhan kakinya yang rapat. Bahkan menurut beliau, perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan sunnah.

Manakala ilmuan Salafi yang lain bernama Shaykh Salih Fawzan pula berpendapat hadith sahih di atas adalah bermaksud المحاذات iaitu barisan saf yang selari bukan melekatkan kaki bersentuhan dengan kaki orang disebelahnya. Shaykh Bin Baz juga mengatakan bahawa maksud hadith diatas adalah memenuhkan saf dan selarikan barisan saf, bukan menempelkan kaki dengan kaki orang sebelah. Kenyataan semua tokoh Salafi dalam bab ini adalah sejajar dengan apa yang dijelaskan oleh para Ulama Muktabar yang lain.

Oleh yang demikian, seseorang yang solat berjemaah dengan mengangkang kakinya agar dapat bersentuhan dengan kaki orang disebelahnya dengan alasan untuk ikut sunnah, hendaklah dia mengetahui bahawa tiada seorang Ulama pun yang memahami sunnah dari hadith sifat saf dengan sedemikian rupa.

Seluruh perbincangan di atas membuktikan bahawa persoalan cara letak tangan dan cara merapatkan saf dalam solat sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan betapa pentingnya untuk seseorang yang ingin mengamalkan sunnah tidak hanya bergantung kepada teks hadith semata2, akan tetapi perlu melihat kepada pengamalan umat Islam dengan mengikut apa yang telah dijelaskan oleh para Ulama Fiqh sepanjang zaman.

Perbincangan ini juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengajian ilmu secara bersanad agar seseorang dapat memahami kefahaman yang sahih terhadap hadits RasuluLlah SAW supaya amalannya berada di atas pengertian “Sunnah”.

Demikian adalah kerana praktik amalan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah merupakan tasalsul iaitu berantaian dari umat Islam yang awal, seseorang yang hanya ingin mengamalkan hukum-hakam Islam dengan hanya berpandukan kepada teks al-Qur’an dan hadith semata2 akan menatijahkan kepincangan dan kecelaruan dalam amalannya.

Imam AbduLlah bin Wahb (w.197H/813M) pernah berkata, “Aku telah terlalu banyak menghimpunkan hadith-hadith maka ia telah membingungkanku, aku sentiasa menyangka bahawa setiap apa yang telah datang dari Nabi Muhammad SAW maka boleh beramal dengannya, maka aku bentangkannya kepada Imam Malik bin Anas dan Imam al-Layth, maka mereka berdua berkata: Ambil (hadith) yang ini dan tinggalkan yang ini”. Imam Malik dan Imam Layth adalah antara pakar Fiqh pada zaman tersebut.

Halaman:

Editor: Imam Shodiqul Wadi

Tags

Artikel Terkait

Rekomendasi

Terkini

Hikmah Zakat Dalam Islam

Sabtu, 6 April 2024 | 06:00 WIB

Berikut Niat Zakat Fitrah Untuk Berbagai Keadaan

Jumat, 5 April 2024 | 06:00 WIB

Definisi Zakat dalam Islam

Kamis, 4 April 2024 | 06:00 WIB

Sejarah Syariat Zakat dalam Islam

Kamis, 4 April 2024 | 06:00 WIB

Inilah Beberapa Keutamaan Hari Raya Idul Fitri

Kamis, 4 April 2024 | 06:00 WIB

Inilah Makna dan Esensi Idul Fitri Menurut Ulama

Kamis, 4 April 2024 | 02:20 WIB

Jatuh dan Terluka, Apakah Puasa Menjadi Batal?

Rabu, 27 Maret 2024 | 12:55 WIB
X